Tuesday, March 15, 2011

Sekeping Nota, Sebaris Ayat, Sebuah Cerita

          "Dania, tolong bacakan perenggan yang seterusnya," kata Puan Halimah. Beliau merupakan guru bahasa melayu kelas 5 Hang Lekiu.

          Dania terkedu kerana dia tiada suara untuk membaca. Dia menulis sebuah nota lalu diberi kepada rakan di sebelahnya. Nota itu bertulis 'tolong cakap kat cikgu aku takde suara so tak boleh baca, tolong ye.'

          Rakannya itu memandangnya penuh hairan. Dia juga menulis nota yang berbunyi 'kenapa aku pulak?'

          "Dania...cepatlah awak tak dengar say panggil ke?" kata Puan Halimah lagi.

          Dania memandang rakannya itu lalu membuat muka minta dikasihani. Rakannya itu mengalah jua akhirnya.

          "Cikgu, Dania ni takde suara jadi tak boleh baca," kata Mukhriz dengan muka bosan.

          "Oh..patutlah. Kalau macam tu Mukhriz, tolong bacakan bagi pihak Dania ye."

         "Baik cikgu," balas Mukhriz lalu terus membca sehingga selesai.

         "Okey semua, waktu BM dah habis, saya nak awak semua siapkan rumusan ni kat rumah. Esok saya nak tengok. Teriam kasih semua." Kata Puan Halimah mengakhiri pengajarannya untuk hari itu.

         'Terima kasih ea'. Dania menghantar nota lagi.

         'Untuk apa?' balas Mukhriz.

         'Tadi tu, kau tolong bagitau cikgu aku takde suara.'

          'Eleh..small matter je tu'

          'Haha ok2, nama kau siapa eh? aku tak pernah tau,' tanya Dania.

          'Mukhriz Zulkarnain. Eh, kau memang bisu ke apa?' soal Mukhriz pula.

          'Eh bukanla. Aku hilang suara. Sakit tekak. Aku Dania Insyirah.'

          'Aku tau la. Tapi nama kau bukan ke ada Tengku?' Mukhriz terus bertanya.

          'Haha memang la. Tapi nama aku Dania Insyirah, nama Tengku tu family aku punya.' Jelas Dania dalam notanya.

          'Oh..ok aku nak balik ni. Kau tak balik ke?'

          'Laa..sekolah dah habis ke? tak perasan pulak. Haha bye jumpa esok.' Dania terus mngemas buku-bukunya.

           Semasa hendak keluar dari kelas, tiiba-tiba Mukhriz menjerit. "Bye Tengku! Jumpa esok!" lalu dia keluar dari kelas dengan sengihan yang lebar.

           Muka Dania memerah kerana malu. Rakan-rakan sekelasnya yang lain memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dania terus mencapai begnya lalu keluar adri situ. 'Aduss...mesti diorang pikir aku ni ada affair dengan mamat tuh.' Dia berkat-kata di dalam hati. Mukhriz merupakan pelajar baru di sekolah itu. Semasa dia pertama kali menjejakkan kakinya di sekolah itu, Dania tiada kerana mewakili sekolah dalam pertandingan hoki.

           Sesampai saja  di rumah, dia dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta Suzuki Swift berwarna putih. Seorang wanita berpakaian seksi dengan mini skirtnya dan baby tee ketat yang menampakkan tubuhnya keluar dari perut kereta. 'La..minah ni rupanya. Menyemak je la.' Bisik Dania di dalam hati.

          "Hai Dania. Abang Darwish ada kat rumah tak?" Sapanya smbil melenggang lenggok berjalan menghampirinya. Dania cuma diam dan membalas sapaan itu dengan senyuman paksa.

           'Hishh....dah bisu ke apa budak ni. Aku tanya buat tak atu je. Pekak agaknya.' Kutuk Aryna dalam hati.

          "Hei...aku tanya ni. Abang kau ada tak?" Tanya Aryna.

          Dania hanya membalas dengan menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Aryna mencebik dan terus masuk ke dalam ruamh Dania.

          'Eh Pompuan tak guna ni. Dia ingat tu rumah bapak dia agaknya sesuka hati je nak masuk. Dah la pakai baju macam tak pakai baju. Nak bagi orang lain kenyang la tu tengok badan dia yang keding macam kambing tak cukup zat tu.' Kutuk Dania dalam hati.

          Dania terus masuk ke rumahnya dengan muncung yang panjang. Dia sangat tidak suka pad abuah hati abangnya itu. Pernah suatu ketika dulu Aryna melayannya macam hamba di rumahnya sendiri. Waktu itu abangnya Tengku Darwish Iskandar tiada di rumah kerana ada kerja di Pulau Pinang. Abangnya meminta Aryna tinggal di ruamh itu untuk menjaga Dania selam seminggu dia tiada. Tetapi, Dania dijadikan macam hamba di rumahnya.

          "Dania..tolong basuh pinggan."

          "Dania...nanti kemas bilik ni, berhabuklah."

          "Dania....nanti jangan lupa jemur baju tu."

          Dania itu,Dania ini. Pening kepalanya melayan  kerenah Aryna itu. Pernah juga dia mengadu dilayan macam hamba pada abangnya. Malngnya, dia pula dimarahi kerana dituduh cuba memisahkan mereka berdua.

          "Kau jangan cuba nak hasut aku Dania. aku tau kau tak suak kat aryna tu. Tapi jangan la tuduh dia macam  tu." Begitulah kata-kata yang pernah dilemparkan padanya dulu.

           Ibu bapa Dania tidak ada di sini. Mereka tinggal di Seoul, Korea Selatan kerana ada urusan perniagaan di sana. Setiap bulan, mereka akan pulang ke tanah air untuk menjenguk Dania dan Darwish. Mereka juga memberikan duit buat perbelanjaan untuk mereka berdua. Pernah juga Dania mengugut abangnya yang dia akan pergi ke Seoul jika abangnya tidak mahu meninggalkan Aryna.

           "Dah la abang. Kalau abang tak nak jugak berpisah dengan Aryna tu, Dania anak tinggalkan rumah ni." Kata Dania suatu masa dulu.

           "Pergi lah. Kau nak pergi mana je pun? Bukannya kau kenal saudara mara kita kat luar sana tu." Balas Darwish.

            "Dania nak pergi Seoul. Dania nak duduk dengan mama dengan abah kat sana. Padan muka abang kena duduk sorang-sorang kat rumah." Kata Dania lagi.

           "Eleh...macam la kau tau mama dengan abah duduk kat mana. Korea tu besar, bukannya kecik kau nak cari macam mana? Kau bukannya reti cakap Korea pun. Akhirnya Dania mengalah dan terus masuk ke biliknya. Dia menangis semahunya.

            "Oi...apa kau buat kat luar tu? Tak reti nak masuk ke? Berangan la tu." Berkecai lamunan Dania mendengarkan teguran abangnya itu. Dia meletakkan basikalnya di tempat biasa lalu masuk ke rumah.

             Semasa dia hendak menutup pintu, dia terlihat Aryna yang sednag duduk bersantai di ruang tamu dengan skirtnya terselak sedikit menampakkan pehanya yang putih itu.

             'Eihh....geli la aku tengok dia ni. Tau la putih, tak payah la tunjuk kat aku. Aku tak nak tengok la!"
Gerutunya di dalam hati.

            Dia terus berlalu ke biliknya dengan perasaan yang berbuku di hati. Dia mandi dan terus menunaikan solat zuhur. Dia berdoa di dalam hati agar Allah mengembalikan suaranya dan membuka pintu hati abangnya agar melihat kebenaran di sebalik topeng yang dipakai Aryna.

            "Dania! Abang nak keluar ni, nanti kau masak la apa-apa kalua lapar. Tak payah tunggu abang balik. Jangan pulak lupa kunci pintu ni. Abang bawak kunci." Abangnya menjerit dari tingkat bawah. Dania terkejut lalu mengurut-urut dadanya.'Hishh...mamat sekor ni. Tercabut jantung aku dibuatnya.' Katanya di dalam hati.

            Dania bangun dan melipat telekungnya. Dia terus ke meja belajarnya untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu. Semasa dia mencari buku latihan Bahasa Melayunya, dia terjumpa nota yang ditulis oleh Mukhriz. Dia tersenyum sendiri mengingatkan kejadian di sekolah tadi.

            Malam itu Dania tertidur awal. Dia tidur selepas menyiapkan semua kerjanya. Sedang dia lena dibuai mimpi, telefon bimbitnya berbunyi. Dania terjaga dari tidur dan menjawab panggilan itu. Panggilan dari abangnya, Darwish.

            "Weh! Kau ni tak bagi aku masuk rumah ke ha?" Sergah Darwish tanpa memberi salam terlebih dahulu.

           "Eh, abang ni orang Yahudi ke tak reti nak bagi salam?" Tanya Dania dengan suara yang serak tersekat-sekat. Suaranya ada semula tanpa dia sedari.
 
           "Kepala lutut kau la Yahudi! Cepat turun bukak pintu ni! Aku bagi kau masa 30 saat je dari sekarang." Kata Darwish. Dania turun dari katil dengan malas. Dia terus ke tingkat bawah untuk membuka pintu.

           "Apa hal kau kunci pintu ni? Tak pikir ke aku nak masuk macam mana?" Sergah Darwish sebaik pintu dibuka.

           "Apa abang ni? TAdi sebelum keluar kan abang ada pesan kat Dania abang ada bawak kunci. Abang sendiri yang suruh Dania kunci pintu. Dah lupa ke? Ni kira baik la Dania bukak pintu ni. Kalau ikutkan hati Dania biarkan je abang kat luar tu. Baru abang tau. Nak marah orang pulak, dia yang nyanyuk." Balas Dabia pula.

          "Pandai kau menjawab ye, kecoh la kau. Dah, pergi kunci pagar tu. Aku nak tidur." Darwish berlalu ke biliknya. Dania sangat kesal dengan sikap abangnya yang beubah mendadak sejak dia berkenalan dengan Aryna. Dania terus ke biliknya dan menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi.

           Keesokkan harinya, Dania pergi ke sekolah seperti biasa. Sesampai saja di kelas, ada satu suara menegurnya dari belakang. "Hai Tengku. selamat pagi, dah ada suara ke belum ni?" Suara itu rupanya milik Mukhriz Zulkarnain.

           "Oh..hai. Dah ada suara tapi macam ni la serak macam apa je." Balas Dania sambil tersenyum.

           "Ok la tu. Tak payah aku bazirkan kertas nak borak dengan kau," kata Mukhriz.

           "Kau tak payah la panggil aku Tengku, panggil Dania je la."

           "Ye la, Tengku," balas Mukhriz dengan sengihan yang lebar.

           "Apa-apa je la Mukhriz."

            Pembelajaran pada hari itu berjalan seperti biasa. Dania aka menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Dia dan Mukhriz pula semakin hari semakin rapat. Mereka selalu belajar bersama-sama. Mereka juga selalu berbincang tentang keraja rumah bersama-sama. Ada antara rakan-rakan mereka menyangka mereka merupakan pasangan kekasih. Akan tetapi, kenyataan itu disangkal oleh Dania dan Mukhriz. Dania pula seboleh-bolehnya tidak mahu terjebak dalam cinta. Baginya, terlalu awal untuk bercinta pada usia begini.

           Pada suatu petang, sedang Dania berlatih bermain hoki, sebuah bola sepak terkena kepalanya. Dania terusrebah ke tanah akibat bola itu. Semua ahli kelab hoki mengerumuni kapten mereka itu. Kejadian itu telah menimbulkan kekecohan di kawasan padang. Jurulatih mereka, encik Ramlan mengangkat Dania lalu menghantarnya ke bilik rawatan.

          Guru pembimbing kelab hoki, Puan Suraya menenangkan dan membubarkan pelajar yang berkumpul di hadapn bilik sakit. Dia terus pergi ke padang dan bertanya siapa yang melakukan perkara tadi. Semua pelajar kelab bola sepak tercengang-cengang. Tiba-tiba Mukhriz menghampiri guru itu. Dia mengaku dialah yang melakukannya.

          "Saya minta maaf cikgu, saya tak sengaja. Saya tak berniat nak cederakan sesiapa pun." Kata Mukhriz mengakui kesalahannya.

           "Ye...saya tahu. Tapi saya harap awak tak buat macam tu lagi. Gugur jantung saya tengok Tengku Dania tu erbah terkena bola tu tadi." Kata Puan Suraya.

           "Siapa, cikgu? Siapa yang terkena bola tu tadi?" Tanya Mukhriz.

           "Tengku Dania Insyirah. Kapten hoki perempuan, kenapa?" Soal Puan Suraya pula.

           "Dia kat mana sekarang, cikgu?"

           "Kat bilik sakit,"jawab Puan Suraya.

           "Terima kasih cikgu." kata Mukhriz terus berlari ke bilik sakit. Dia risau akan keadaan Dania. Sungguh, kalau di tahu Dania ada di situ, tak mungkin dia akan menyepak bola itu tadi. Sebaik sampai di bilk rawatan, pegawai perubatan sekolah itu terkejut melihat kemunculan Mukhriz di situ.

           "Awak buat apa kat sini? Awak sakit ke?" Soal pegawai itu.

           "Tak, saya nak tengok Dania. Macam mana dia sekarang?" Tanya Mukhriz dengan cemas.

           "Awak ni siapa?" Tanya pegawai itu tanpa menjawab pertanyaan Mukhriz.

           "Saya Mukhriz Zulkarnain, saya yag sepak bola tu tadi. Err....dia tak apa-apa ke?"

           "Oh...tak, dia tak apa-apa. Pengsan je, awal lain kali hati-hati ye. Nak sepak bola tu boleh, tapi tengok-tengok orang jugak." Pesan pegawai itu.

           "Ye cik, saya akan berhati-hati."

           "Dia ni girlfriend awak ke?" Tanya pegawai itu tiba-tiba.

           "Tak lah. Saya kawan je dengan dia." Jawab Mukhriz.

           "Oh..tak pe lah kalau macam tu. Awak tolong jaga dia ye. Kalau dia dah sedar nanti, awak bagi dia ubat ni, untuk hilangkan pening. Saya banyak kerja lagi ni. Tapi ingat, jangan buat apa-apa pulak kat dia. Jangan usik anak dara orang ni. Nanti saya pulak yang kena. Saya pergi dulu ye." Pesannya lagi.

           ''Ye lah." jawab Mukhriz.

           Dia menunggu di situ. Kebosanan, dia membelek-belek barang yang ada di dalam bilik rawatan itu. Melihat-lihat persekitaran di bilik yang lengkap dengan barang-barang keperluan itu. Dia duduk di sebelah katil Dania sambil matanya meliar ke persekitaran bilik. Dia melihat jam di tangannya, pukul 3 petang. Sedang melihat-lihat keadaan bilik itu, matanya terarah pada wajah Dania.

          'Hmm..cantik jugak minah ni rupanya. Bulu mata stok nak panjang je. Hidung tu tak boleh mancung lagi ke? Muka putih, merah-merah pulak tu. Hehe panas la tuh. Tu la lain kali bilik ni kena pasang air-cond, baru sejuk. Tapi rambut dia panjang ke pendek ye?' katanya di dalam hati.

          'Haishhh..apa la aku ni, tenung anak orang macam tu pulak. Tapi kenapa akak tadi tu tak bukakkan tudung dia? Tak panas ke?' Tiba-tiba tangannya gatal hendak bukakan tudung Dania. Tetapi hasratnya tak kesampaian kerana mata Dania terbuka sedikit. Mukhriz membatalkan niatnya lalu cepat-cepat menarik tangannya semula.

          "Aku kat mana ni?" Tanya Dania sebaik sedar dari pengsan.

          "Kat....kat bilik rawatan." Kata Mukhriz. 'Hishh...asal gagap pulak aku nih....'

          "Bilik rawatan? Kenapa dengan aku?"

          "Errr...tadi masa kat padang aku sepak bola tu kuat sangat sampai terkena kepala kau. Pastu kau pengsan so coach kau bawak kau ke sini. Diorang suruh aku temankan kau sampai kau bangun." Terang Mukhriz panjang lebar.

          "Oh...pukul berapa sekarang?" Tanya Dania.

          "4.30 petang." Jawab Mukhriz.

          "Haa?? 4.30? Alamak...aku kena balik ni. Nanti bising pulak abang aku tu." Kata Dania sambil cuba bangun dari katil itu.

           "Eh....nanti jap. Jom aku hantar kau balik. Sebagai tanda maaf dari aku. Boleh?" Cadang Mukhriz.

           "Yelah...jom cepat. Dah lambat ni."

           "Eh....cop-cop. Kau kena makan ubat ni dulu. Akak tu suruh."

           "Ubat? Akak mana ni?" Soal Dania, curiga.

           "Akak pegawai perubatan tu la. Dah-dah, makan cepat ubat ni."

           "Kau sure ni ubat akak tu kasi?" Tanya Dania lgi.

           "Heh...kau jangan nak pikir bukan-bukan. Tak de maknanya aku nak jerat kau. Buang masa je," sangkal Mukhriz.

            Dania tersengih lalu berkata "Hee..saja je lah. Aku tau kau takkan buat macam tu punya."

            "Dah tu, makan la cepat ubat ni. Banyak cerita pulak dia ni."

           "Ye lah.....bluekkk. Tak sedap."

           "Mana ada ubat yang sedap. Sengal."

           Mereka bertolak pulang ke rumah Dania dengan menaiki basikal Dania. Ini kerana Mukhriz tidak mempunyai basikal kerana dia ke sekolah berjalan kaki. Sesampai di rumah, Dania pelik kerana kereta abangnya tiada di garaj. "Mana abang aku ni? Tak balik lagi ke?"

          "Kenapa? Abang kau takde kat rumah ke?" Soal Mukhriz. Dania menggelengkan kepalanya.

          "Takpe lah Mukhriz. Kau balik la dulu, terima kasih ye hantarkan aku balik." Kata Dania dengan seulas senyuman.

          "No hal lah. Sorry tau pasal tadi. Aku betul-betul tak sengaja. Kalau aku tau kau ada kat situ, memang aku takkan rembat bola tu tadi." Kata Mukhriz penuh kesal.

          "Benda dah jadi, nak buat macam mana. Lagi pun sikit je. Tak teruk mana pun."

          "Ok lah kalau macam tu. Jumpa esok kat sekolah. Bye!" Kata Mukhriz sambil mengenyitkan matanya.

          Dania terkedu seketika melihat reksi Mukhriz itu tadi. Setelah kembali ke alam nyata, dia menuntun basikalnya masuk ke kawasan rumah. Malam itu, sekitar jam 10 malam abangnya pulang. Mukanya jelas menunjukkan dia sedang berduka cita. Tiba-tiba abangnya memeluk Dania erat dan menangis.

         "Eh bang. Asal pulak ni? Siapa yang mati?" Tanya Dania hairan.

         "Dania, abang mintak maaf banyak-banyak sebab tak percayakan Dania selama ni." Kata Darwish bersama tangisan.

         "Kenapa, apa dah jadi? Kenapa menangis macam budak kecik ni?"

         "Aryna, dia tipu abang. Selama ni apa yang dia cakap kat abang semuanya tipu. Dia ada lelaki lain. betul la apa Dania cakap. Dia bukan perempuan yang baik. Dia jahat. Dia perempuan tak guna!" Bentaknya setelah melepaskan pelukan.

          "Dah la tu. Banyak lagi orang yang baik kat luar tu. Lupakanla Aryna tu. Tak payah ingat kat dia lagi." nasihat Dania.

          "Sorry ye Dania. Selama ni abang tak sangka Aryna jahat orangnya. Abang percaya kata Dania sebelum ni. Bagi abang peluang tebus kesalahan abang tu Dania. Dania nak apa, abang bagi. Apa je, jangan mintak nak kahwin dah la."

          "Hish...apa la abang ni. Dania nak abang hantar Dania pergi sekolah esok, boleh?" Kata Dania dengan senyuman.

          "Okey, kerja senang je tu. Dah la pergi tidur, dah pukul berapa ni."

          "Ye la good night abang. Assalamualaikum."

          Semasa di dalam bilik, tiba-tiba Dania teringatkan senyuman Mukhriz. Kerana itu juga, hatinya berdebar-debar dan dia tidak sabar untuk menunggu hari esok. Dalam erti kata lain, dia tidak sabar untuk ke sekolah esok. Dania tersenyum dalam tidurnya.

         Hari berganti hari, peperiksaan SPM pun tiba. Dania telah berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sepanjang tahun ini. Hari ini merupakan hari terakhir SPM. dania telah bertukar-tukar nombor telefon dengan kawan-kawannya, dan itu tidaak terkecuali Mukhriz.

         Entah kenapa, saat bertentang mata dengan Dania, hati mukhriz berdebar-debar. Begitu juga Dania. Jiwa dan perasaan mereka tidak tenteram. Seperti ada yang dipendam, tetapi tidak pasti apakah ia. Sepanjang cuti selepas SPM, Dania dan Mukhriz selalu berhubung. Melalui panggilan telefon mahupun SMS. mereka sebenarnya memendam rasa dan menunggu masa untuk meluahkan segalanya.

        Pada hari Dania hendak mengambil keputusan SPMnya bersama Darwish, mereka didatangi Aryna.

        "Apa kau nak lagi ni?" Tanya Darwish dengan kasar.

        "Sayang, I rindu sangat kat you. I janji I takkan buat lagi. Tolonglah maafkan I Darwish, please." Rayu Aryna.

       "Pergi mampuslah kau perempuan tak guna. Kau ingat aku ni bodoh ke? Dah la, aku benci tengok muka kau. Baik kau pergi sekarang."

       "Darwish, sampai hati you cakap macam tu kat I. I am so sorry dear. Please forgive me." Rayu Aryna lagi dengan linangan air mata buayanya itu. Aryna memang bijak berhelah.

       "Dah la bang, jom pergi. Tak payah layan perempuan gila tak tau malu ni. Jom," Ajak Dania.

       "Hei! Kau ni memang tak guna , kan?! Kau la ni yang hasut abang kau tu tinggalkan aku. Kau memang takkan selamat Dania. Takkan selamt!!" Pekik Aryna.

        "Weh pompuan. Kau tak payah nak maki adik aku macam tu. Pergi kau dari sini. Jangan ganggu hidup kitorang lagi. Jom Dania." kata Darwish sambil menarik tangan Dania.

        "Aku benci korang! Benci! Korang memang takkan selamat!Takkan  selamat!" Jerit Aryna sambil berlari meninggalkan mereka berdua di situ.

        "Apa masalah minah senget tu? Dah biul ke?"Soal Dania.

        "Entah la." Jawab Darwish sambil menjungkitkan bahunya. "Dah la jom pergi nanti lambat pulak."

        Mereka selamat sampai di sekolah pada jam 10.45 pagi. Semua pelajar tidak sabar menunggu keputusan SPM mereka. Ada yang ketawa, termenung dan bermacam-macam lagi. Dalam keriuhan itu, Dania tercari-cari seseorang. Tiba-tiba bahunya disentuh lantas Dania berpaling. Mukhriz, itulah orang yang dicari-cari.

        "Hai. Cuak tak?"tanya Mukhriz ramah.

        "Mestilah. Apa punya soalan la tu."

        Tiba-tiba, guru mereka menyuruh semua pelajar yang mengambil keputusan berkumpul di satu tempat. Hal ini kerana, keputusan telah sampai. Dania mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga dengan Mukhriz. Mereka bertukar-tukar ucapan tahniah. Rakan-rakan yang lain juga ramai yang cemerlang.Pelbagai reaksi yang ada. Menangis, menjerit, meraung malah ada yang pengsan tidak percaya.

        Dalam keriuhan itu, tiba-tiba Dania merasakan ada orang menyelitkan kertas di dalam tangannya. Dia membuka nota itu yang bertulis ' Jumpa aku kat padang netball, Mukhriz.' Dania tersenyum sendiri. Dia pergi ke padang bola jaring seperti yang disuruh dengan penuh tanda tanya.

        "Kenapa Mukhriz? Kat sini kan ramai orang, bising. Nak cakap apa dengan aku ni?"

        "Tau tak pe, bising kan? Kalau macam tu kita borak pakai kertas lah." Cadang Mukhriz.

        "Menggedik lah dia ni. Aku ni go green tau, sayang pokok. Kesian pokok-pokok tu kalau semua orang macam kau ni. Tak cukup oksigen lah manusia."

         'Hah, kenapa nak jumpa ni?' nota pertama dari Dania.

        'Saja je. Rindu la. Haha ;P' Balas Mukhriz.

        'Main-main la dia ni. Cakap la betul-betul.'

        "Betul-betul" kata Mukhriz tiba-tiba.

        "Hei! Main-main eh" kata Dania sambil mencubit lengan Mukhriz.

        'SAKITLAH!!' tulis Mukhriz pada notanya.

        'Padan muka, main-main lagi. ;P'

        'Tak sakit pun sebenarnya. Hehe Dania sihat?' Soal Mukhriz.

        'Kenapa tanya macam tu? Mestilah sihat.'

       'Saje je. Hehe :)' Balasnya ringkas.

        "Mukhriz ni kalau tak ada apa-apa Dania nak balik la." Kata Dania lalu bangun.

        "Nanti dulu. Duduk la dulu kat sini, Mukhriz tak  habis cakap lagi ni."

        'Hmm..nak apa ni? Cakap la cepat,' tulis Dania di dalam notanya.

        'Dania ada boyfriend?' Soalan bodoh dari Mukhriz.

        'Tak. Kenapa?'

        'Kalau Mukhriz cakap Mukhriz suka Dania macam mana?'

        'Ha? Biar betul. Tak percaya lah.'

       'Betul. Mukhriz betul-betul suka Dania. Kali ni Mukhriz tak main-main. Mukhriz jujur ni.' Jelasnya bersungguh-sungguh.

        'Tapi sejak bila?' Soal Dania.

        'Sejak insiden bola sepak tu.'

        'Oh..haha ye ke? Kenapa tak bagitau masa tu je?'

        'Masa tu Mukhriz tak sure lagi. Lagipun kan Dania kata Dania tak suka benda-benda macam ni masa zaman sekolah. Mukhriz takut Dania tak suka. Dania suka Mukhriz tak?'

        'Mukhriz rasa?' tanya Dania lagi.

        'Entahla. Tak tau nak cakap macam mana. Tapi kalau tak suka tak pe, Mukhriz tak kisah.' Tiba-tiba dia menyanyi " sakit hati...sakit sekali....pabila cinta yang aku beri tak dihargai...."

        "La...sedihnya lagu. Apa kena pulak awak ni?" tanya Dania.

        'Yela, orang tu dah tak suka kita. Mesti la lagu sedih sikit. Takkan lagu waka waka pulak.' Tulisnya lagi.

        'Tak cakap pun Dania tak suka Mukhriz. Dania pun suka Mukhriz tapi tak tau sejak bila. =)' balas Dania.

        'So, jadi la kita ni?' Soalnya sambil tersengih.

        'Jadi apa?' Tanya Dania.

        'Blur la dia ni. Kita couple =)' Sengihnya makin melebar.

        Dania memandangnya sambil tersenyum penuh makna, begitu juga Mukhriz. Bermulalah sebuah cerita cinta di antara Tengku Dania  Insyirah dan Mohd. Mukhriz Zulkarnain.


TAMAT

    
                                                    

      
      

              


      


          

     

        



            



   
   
   

about me :)

hai!

assalamualaikum!

what's up dudes!

   okay maybe hangpa2 semua tak knal saya lg. it's okay skarang ni saya nak knalkan n cerita sikit about myself okay! first of all my name is amalina and people calls me ama . maybe some of u guys would ask why ama? why not lina or lin or maybe ina? well, the answer is simple, i hate it. well it does sound weird for hating our own name but who cares. okay, enough about my nick names and just call me anything u want. who cares anyway, i don't know u and u don't know me too.
    next is my birthday. even though u guys don't want to know about it but i WILL tell u. okay saya dlahirkan pada 10 november 199*. haha yg * tu hangpa teka sndiri ok ;P.

     well, saya ni bukan la jenis yg banyak cakap sbenarnya tapi kalau dah cakap tu saya tak boleh stop. hehe biasa la pompuan kan. orang yg baru kenal saya ni memang depa akan kata saya ni sombong sebab saya ni jenis yg susah nak senyum. lagi satu saya ni jenis yg tak reti nak berborak. hangpa letak la saya dengan sapa2 yg dah kenal lama dgn saya memang tak jadi apa pun. haha dah aku mengarut. :D

     nak cerita apa lagi eh. entah la tak kan hangpa nak tau pasal familay pulak kot. boipren? saya ni mana ada boipren . hehe tapi kalau hangpa semua nak tau, cerita yg saya dok tulis tu semua ada kaitan dengan hidup saya ni. heh, tu je lah saya cerita kat hangpa lagi. karang tak cukup tangan saya nak taip ni. saya pi dulu la eh. bye!

assalamualaikum~! <3

Friday, January 28, 2011

Kenangan Abadi

           "Yes...dapat juga aku cipta penawar virus 1011 ni!" kata Mikhail sambil melonjak gembira. Sedang dia meraikan kejayaannya, dia terlanggar sebuah kotak yang terletak di atas mejanya. Perhatian Mikhail teralih pada kotak itu lalu dia segera menyimpan semula barang-barang yang terkeluar dari kotak ke tempatnya semula. Matanya tertancap pada sekeping foto seorang wanita yang sangat dicintainya. Dia segera mencapainya lalu menatap wajah kesayangan itu semahunya.

           "Azwa, alangkah baiknya kalau kita boleh mraikan kejayaan ini bersam," bisiknya perlahan. Malikha Azwa merupakan tunangnya yang telah pergi menghadap Ilahi akibat dari astu kejadian yang tidak diduga.

           Tujuh tahun yang lalu, dunia telah dikejutkan dengan satu virus yang boleh membunuh manusia dalam masa seminggu setelah dijangkiti. Virus itu telah digelar virus 1011 kerana telah meragut seramai 1011 nyawa dalam masa sebulan di seluruh dunia. Punca jangkitan virus ini tidak diketahui umum. Para saintis tidak dapat mengenal pasti dari mana datangnya virus merbahaya ini.

           Pada masa itu, Mikhail yang merupakan seorang pengkaji virus telah cuba untuk mencipta penawar bagi virus ini. Namun begitu, ramai orang memperlekehkan kebolehan dan azamnya itu. Malah, ada juga yang sewenang-wenangnya menuduh Mikhail gila dan tidak siuman. Hal ini kerana, mereka percaya pakar juga tidak dapat meleraikan kekusutan yang telah berlaku. Namun begitu, di saat dia hampi berputus asa untuk meneruskan kajiannya, dia telah bertemu dengan Azwa yang merupakan seorang penyiasat persendirian. Pertemuan yang tidak disangka itu berlaku semasa Mikhail sedang berjalan di kaki lima sebuah pasaraya. Pada masa itu, beg tangan Azwa telah diragut da Mikhail telah membantunya mendapatkan semula beg itu. Bermula saat itulah mereka berkenalan dan telah mengikat tali pertunangan beberapa bulan selepas itu.

          Mikhail sering menceritakan impiannya yang ingin menjadi pencipta penawar virus 1011 itu. Dia juga bercerita bahawa dia telah berputus asa untuk meneruskan kajiannya. Namun begitu, Azwa sering cuba meniupkan semangat ke dalam diri Mikhail dengan memujuknya dan memberi kata-kata semangat agar dia meneruskan juga impiannya itu.

         "Mick, awak tak boleh terus macam ni. Biarlah apa pun yang diorang nak cakap kat awak. Tapi awak mesti terus berusaha sebab usaha tu kan tangga kejayaan. Saya pu teringin jugak nak tengok yunang saya menjadi orang yang pertama mencipta penawar virus tu. Saya yakin awak pasti boleh buat, Mick. Teruskan je kajian tu. Walau apa pun yang terjadi, saya sentiasa berada disisi untuk menyokong awak," kata Azwa pada suatu hari.

          Kata-kata itu terus menjadi pembakar semangat Mikhail kerana sebaik sahaja Azwa mengucapkannya, sebutir peluru telah menembusi dada kirinya. Seorang penembak curi telah menembaknya dari jarak 50 meter. Mikahil yang panik pada ketika itu tidak dapat melakukan apa-apa selain melihat tubuh Azwa rebah dihadapannya. Dia segera meletakkan kepala Azwa ke pangkuannya. Azwa pada masa itu hanya tinggal nyawa-nyawa ikan dan menanti malaikat Izrail mencabut nyawanya.

          Sebelum mnghembuskan nafasnya yang terakhir, Azwa sempat membisikkan kata-katanya untuk Mikhail. "Mick...tolong janji dengan saya yang awak akn teruskan juga impian awak tu," kata Azwa dengan suara yang tersekat-sekat.

          "Baiklah Azwa, saya janji. Tapi tolonglah jangan tinggalkan saya. awak pun kena janji dengan saya yang awak akan terus hidup bersama saya. Tolonglah Azwa, jangan tinggalkan saya," kata Mikhail dengan linangan air mata.

           "Mick, saya tak boleh janji. Mungkin jodoh kiata sampi sini saja. Awak mesti janji untuk teruskan hidup awak dan..." kata Azwa tersekat-sekat mencari nafas.

           "Dan apa Azwa? Awak mesti bertahan. Tolonglah Azwa," sambung Mikhail dengan tangisan.

           "Awak mesti teruskan juga cita-cita awak tu. Tolong jangan hampakan saya. Hanya itulah permintaan terakhir saya," ucap Azwa lagi. Orang ramai yang menyaksikan peristiwa itu lekas-lekas menghubungi ambulans dan polis.

            Mikhail terus mengajar Azwa mengucap dua kalimah syahadah. Dia juga meminta Azwa bertahan sementara menunggu ketibaan ambulans. "Selamat tinggal Mick...semoga bertemu lagi. Cinta saya hanya untuk awak dan kenanglah saya dalam doa awak," setelah itu, Malikha Azwa menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Mikhail Zafran.

           Majlis pengkebumian arwah Azwa dilakukan selepas solat asar. Penembak curi yang bertanggungjawab atas kematian Azwa telah ditangkap seminggu selepas itu. Penjenayah yang bernama Amran itu merupakan orang yang berjaya didakwa oleh Azwa atas usahanya menyiasat kegiatan jenayah Amran. Oleh kerana dendam yang amat dalam, dia telah menjejaki Azwa selam dua tahun dan berjaya membunuhnya.

           Deringan telefon bimbit Mikhail telah mengejutkannya dari lamunan yang panjang. Dia terus mencapai telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan itu. Rupa-rupanya pemanggil itu merupakan seorang profesor dari Universiti Oxford di London. Profesor itu berminat untuk melihat hasil kajiannya. Mikhail bersetuju untuk berkongsi hasilnya itu dengan orang lain.

          Akhirnya, setelah bertahun-tahun mengkaji tanpa jemu dan berbekalkan nasihat serta jajinya pada Azwa, telah berjaya mencapai impiannya. "Azwa, saya dah berjaya menunaikan janji saya pada awak. Semoga roh awak tenang di sana dan percayalah, sekali pun saya tak pernah melupakan awak." Kata Mikhail pada gambar Azwa yang dipegang sedari tadi.

          Dia menyimpan semula gambar kenangan itu dan mencapai telafon bimbitnya lalu keluar dari bilik uji kajinya dengan membawa penawar ciptaannya itu bersama. Mikhail telah bersedia untuk memperlihatkan hasil kajiannya kepada dunia. Benarlah kata-kata azwa suatu ketika dahulu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mikhail berjalan dengan penuh keyakinan menuju ke destinasi tujuannya.